Sedihnya melihat bangsaku
Bangsaku yang lahirnya dengan agama fitrah
Tapi membesarnyamu menyimpang dari fitrah.
Sedihnya melihat bangsaku
Sesama jantina duduk berdua sebagai pasangan kekasih
Berpakaian berlainan watak walau kalian sebenarnya sama
Berperilaku ibaratnya berlainan jantina
Bertindik telinga, berwarna rambut berjalan mendada
Disangkanya bertubuh sasa bak teruna.
Sedihnya melihat bangsaku
Duduk semeja tangan merayap laju
Licik meraba-raba paha melepaskan nafsu menyimpang
Serupa jantina seronok melayani kehendak pasangan durjana
Tampak bahagia sungguh dalam noda yang terus mewarnai jiwa
Jiwa yang sesat dalam kesesatan nyata.
Sedihnya melihat bangsaku
Sampai bila kalian akan terpesona dengan dunia itu
Budaya kuning semakin sebati dek alasan masalah peribadi juga latar belakang abadi
Bukankah agama kita mengajarkan penyelesaian bertuhan
Hadapilah masalah sebagai cabaran yang punya jalan keluar
Berlandaskan kitab suci juga kalam nabi.
Sedihnya melihat bangsaku
Tersasar jauh dari landasan suci jalan menuju rabbi
Ayuhlah kita semua bersatu hati kembali kepada Dia dengan sepenuh hati
Menggembleng tenaga mengorbankan masa, jiwa dan harta
Demi memastikan anak bangsa kita megah dengan beragama
Lupakah kita bahawa mulianya kita kerana agama
Berpeganglah pada agama sebenar
Biar kukuh sanubari dengan ajaran-Nya
Agar teguh dalaman walau dilambung ombak, dilanda badai dihunus tombak
Kekal pada ajaran agama yang syumul dari Dia yang akmal.
Ayuhlah bangsa seagamaku
Kita imbau kembali jerih perih Sang Nabi berjuang menegakkan agama suci ini 1000 tahun lalu
Besarnya harapanku untuk melihat kembali kemeriahan bangsaku beramal dengan agama kamil
Berpakaian berpandukan syariat Islam
Berperwatakan mengikut fitrah insani
Bagi menghindari fitnah manusia juga murka yang Maha Esa!
Tujuanku yang satu, iaitu Allah. Perjalanan hidup yang penuh cabaran, Mengharungi liku kehidupan, Demi mengajak diri dan juga seluruh insan, Dalam mengenal siapakah Tuhan.
Monday, 10 September 2018
Subscribe to:
Comments (Atom)
The Birth
We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...
-
Ini kisah benar. Mary merupakan seorang gadis jelita berbangsa Iban. Sejak dari sekolah dahulu lagi, Mary senang bergaul dengan orang Isl...
-
Sarapan maggie kari oleh Aiman & Adi Check out homestay Palm Courts Homestay Kapitan Chulia Street Masjid Lebuh Acheh Upside-dow...
-
Apakah alasan kita untuk tidak membaca Al-Quran😭 Minggu lepas ada seorang kenalan mualaf dapat luangkan masa saya mendengar bacaan sur...