Friday, 26 October 2018

Dialah Muallim, Murabbi dan Muaddib!

Kejayaan yang saya harapkan bukanlah kejayaan dalam peperiksaan, tapi yang saya harapkan kejayaan dalam kehidupan. Sungguh mendalam harapanmu. Ungkapan yang keluar dari mulut pensyarahku yang pelat Jawa itu sangat memberi kesan kepada aku. Benarlah firastku empat bulan lalu. Saat kuliah pertama dengan beliau pada awal semester, aku sudah dapat merasakan bahawa pensyarah ini seorang insan yang hebat. Dia bukan hanya guru tetapi dia pendidik.

Dalam setiap kuliah TPP, tidak pernah beliau terlepas dalam menyertakan ilmu ukhrawi kepada kami. Ada sahaja teguran membina dan pesanan mulia yang beliau akan kongsikan kepada anak didiknya. Beliau juga sering mengingatkan kami untuk mendirikan solat secara berjemaah lebih-lebih lagi bagi pelajar lelaki. Pernah pada suatu hari beliau menyatakan kekecewaan dan kerisauan terhadap pelajar-pelajar IB kerana kelalaian kami dalam mengimarahkan surau.

Sifat Dr yang sangat peramah, penyayang dan kebapaan membuatkan kami sentiasa ternanti-nanti untuk berkuliah dengan Dr. Dalam ketegasan beliau masih ada sifat perihatin dan penyayang. Beliau tidak lokek berkongsi segala ilmu yang dimiliki dengan kami. Beliau juga sering melayan karenah kanak-kanak C10 yang pelbagai ragam sehingga terserlah wajah Dr terbahak-bahak mendengar lawak kami terutamanya Syed. Tidak pernahlah kami mengenal erti bosan atau terburu-buru ingin menamatkan kuliah dengan Dr kerana sikap Dr yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat setiap anak didiknya.


Hari ini merupakan hari terakhir kami berkuliah dengan Dr Khahar bagi kursus EDUP3053, Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Banyak amanat, nasihat dan pesanan yang Dr telah berikan kepada kami. Dr juga menceritakan sejarah dan latar pendidikan beliau sehinggalah beliau berjaya menamatkan pengajian Ph.D beliau semasa usia menjangkau 50-an.  Besarlah harapan Dr agar kami mampu bertahan dengan segala cabaran dunia pendidikanl kini dan berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi. Dr juga berpesan agar kami menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik, yang berusaha mencapai kesejahteraan dalam hidup. Dr juga menyatakan bahawa beliau akan menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun tahun hadapan.
Kami mendoakan agar Dr sentiasa mendapat kesihatan yang baik, rezeki yang luas dan mencapai kesejahteraan hidup seperti yang didambakan.

Terima kasih Dr Khahar. Jasamu dikenang!

Sunday, 21 October 2018

You

'Have You Ever' by Westlife

Have you ever loved somebody so much
It makes you cry
Have you ever needed something so bad
You can't sleep at night
Have you ever tried to find the words
But they don't come out right
Have you ever...(2x)
CHORUS

Have you ever been in love
Been in love so bad
You'd do anything to make them understand
Have you ever had someone steal your heart away
You'd give anything to make them feel the same

Have you ever searched the words to get you in their heart
But you don't know what to say
And you don't know where to start

CHORUS

Have you ever found the one
You're dreamed of all your life
You'd do just about anything to look into their eyes
Have you finally found the one you're given your heart to
Only to find the one won't give their heart to you
Have you ever closed your eyes and
Dreamed that they were there
And all you can do is wait for the day that they will care

CHORUS

What do I gotta do to get you in my arms baby
What do I gotta say to get to your heart
To make you understand how I need you next to me
Gotta get you in my world
Cause baby I can't sleep

CHORUS (2X)

Have you ever ever ever
Have you ever...

Friday, 12 October 2018

Larangan tanpa penjelasan

Tergantung tanpa jawapan
Larangan keras tanpa penjelasan
Aku kebingungan dihalang mengenal Tuhan

Maaf aku terpaksa teruskan
Jika tiada alasan juga huraian dilampirkan
Pokok pangkalnya terhadap inti yang ingin disampaikan
Bukan latar lampau dia yang bersifat insan


The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...