Wednesday, 15 August 2018

APA ITU DEKAN?

Citanya ingin dekan
tapi anda laksanakn tugasan
tanpa penghayatan 
sekadar menyiapkan!

Musim kerja kursus kembali menjengah kami siswa pendidik IPG. Serentak dan setimbun pada satu masa sebanyak 7 kursus pada semester ini.
Maka, akan terpampanglah di kebanyakan status whatsapp dan story instagram para pelajar IB akan tekanan menyiapkan kerja kursus. "Barai". "Mata panda". "Masih berjaga". Perkataan-perkataan tersebut sering digunakan oleh siswa pendidik yang cuba meluahkan rasa penat mereka dalam melangsaikan kerja kursus.

Pada hemat saya, amatlah memalukan kerana sikap suka bertangguh dan kerja saat akhir menjadi kebiasaan dalam kalangan warga IPG. Lebih memalukan apabila para pelajar merungut tarikh penghantaran kebanyakan kerja kursus pada tarikh yang sama sedangkan tempoh masa yang diberikan agak panjang. Perkara ini perlu dibendung daripada terus menjadi kebiasaan.

Siswa-siswi tidak pernah jemu dari merungut. Katanya kesuntukan masa, banyak komitmen, jadual padat, kekurangan bahan rujukan dan pelbagai lagi alasan yang digunakan bagi mengiyakan tindakan menangguh ini. Sesungguhnya sangat tidak wajar bagi para pelajar untuk menggunakan alasan sedemikian pada zaman kecanggihan teknologi dan maklumat ini. Walau bagaimanapun, para pelajar masih lagi sempat bermain permainan video, menonton drama yang bersiri-siri dan melepak di pusat beli-belah. Hal ini demikian menimbulkan tanda tanya kepada saya sekali gus menjawab persoalan yang sering bermain di minda saya bahawa benarkah penuntut IPT sibuk dan kekangan masa dalam menyiapkan tugasan?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...