Saturday, 24 November 2018

Allah选择你

Duhai sahabatku
Secebis nasihat inginku coretkan
Secalit tinta sebagai santapan
Buat dikau permata pilihan.

Duhai sahabatku
Engkaulah permata pilihan-Nya
Engkau terpilih kerana selayaknya dipilih
Engkau ibarat sehelai kain putih
Yang sangat suci lagi bersih
Walau gelaran muallaf terpikul pedih
Usah kau gusar usah kau sedih
Yakinlah pasti terpadam segala jerih
Dek manisnya cinta ar-Rahman
Terhadap engkau permata pilihan.



Duhai sahabatku
Hadapilah episod baharu kehidupanmu ini
Dengan penuh sabar dan tabah
Harunginya kerana Lillah
Laluinya dengan pasrah
Harapku agar kau tidak goyah
Jauh sekali berpaling arah.


Duhai sahabatku
Teruslah melangkah dan melangkah
Bangkitlah melawan segala mehnah
Yang pasti tiada noktah
Sungguh manis perjuangan fisabilillah
Tersebab Lillah hilang segala lelah
Berlarilah demi mengejar mardhatillah
Pasti terbalas segala jerih perih dengan ganjaran Jannah.

The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...