Duhai sahabatku
Secebis nasihat inginku coretkan
Secalit tinta sebagai santapan
Buat dikau permata pilihan.
Duhai sahabatku
Engkaulah permata pilihan-Nya
Engkau terpilih kerana selayaknya dipilih
Engkau ibarat sehelai kain putih
Yang sangat suci lagi bersih
Walau gelaran muallaf terpikul pedih
Usah kau gusar usah kau sedih
Yakinlah pasti terpadam segala jerih
Dek manisnya cinta ar-Rahman
Terhadap engkau permata pilihan.
Duhai sahabatku
Hadapilah episod baharu kehidupanmu ini
Dengan penuh sabar dan tabah
Harunginya kerana Lillah
Laluinya dengan pasrah
Harapku agar kau tidak goyah
Jauh sekali berpaling arah.
Duhai sahabatku
Teruslah melangkah dan melangkah
Bangkitlah melawan segala mehnah
Yang pasti tiada noktah
Sungguh manis perjuangan fisabilillah
Tersebab Lillah hilang segala lelah
Berlarilah demi mengejar mardhatillah
Pasti terbalas segala jerih perih dengan ganjaran Jannah.
Tujuanku yang satu, iaitu Allah. Perjalanan hidup yang penuh cabaran, Mengharungi liku kehidupan, Demi mengajak diri dan juga seluruh insan, Dalam mengenal siapakah Tuhan.
Saturday, 24 November 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Birth
We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...
-
Kejayaan yang saya harapkan bukanlah kejayaan dalam peperiksaan, tapi yang saya harapkan kejayaan dalam kehidupan. Sungguh mendalam harapan...
-
Detik 10 Zulhijjah bagi tahun 1439 Hijriah tiba jua pada hari ini, bersamaan 22 Ogos 2018, iaitu hari Rabu. Tidak asing lagi bagi ummat Is...
-
'Have You Ever' by Westlife Have you ever loved somebody so much It makes you cry Have you ever needed something so bad You can...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.