Friday, 10 April 2020

我看我哭的可能性比較大

Apakah alasan kita untuk tidak membaca Al-Quran😭

Minggu lepas ada seorang kenalan mualaf dapat luangkan masa saya mendengar bacaan surah al-Kahfi secara dalam talian.

Kenalan saya ni alhamdulillah syahadah pada bulan 5 tahun lepas, kiranya kurang setahun. Alhamdulillah dengan usaha dan kegigihan dia yang sangat bersungguh dia dah dapat baca al-Quran.




Apa yang menyentuh hati saya ialah, dia mengambil masa hampir sejam untuk membaca 4 muka surat surah Al-Kahfi.
Masya-Allah walaupun ada kekangan nak belajar iqra di rumah sepanjang PKP ini namun kegigihannya hingga dia dapat baca al-quran amat mengejutkan saya walaupun tidaklah selancar kita namun saya benar-benar terharu dengan kejayaannya dapat membaca al-Quran sedangkan dia masih belum sampai iqra 4 pun semasa di kelas agama Hidayah Centre. 

Sungguh berbeza dengan kita yang mungkin kurang 10 minit sudah dapat habiskan 4 muka surat al-Quran. Namun, persoalannya bagaimana kita memanfaatkan rezeki yang diberi Allah kemudahan kita baca al-Quran. Berapa jam kita luangkan??? Allah, aku sentap kerana sepanjang PKP ini aku lebih lama hadap skrin laptop berbanding luangkan masa untuk al-Quran.

Sungguh aku malu pada-Mu. Ampunkan daku.

Semoga saudara muallaf yang masih baru khususnya diberi ketabahan, kekuatan dan istiqamah dalam menuntut ilmu Allah. Kalian pejuang Allah. Sebenarnya bukan saya yang mengajar anda, tetapi anda yang nengajar saya😭 Terima kasih Allah kerana kau kirimkan kenalan ini sebagai teguran untuk aku😥

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...