Duhai sahabatku
Secebis nasihat inginku coretkan
Secalit tinta sebagai santapan
Buat dikau permata pilihan.
Duhai sahabatku
Engkaulah permata pilihan-Nya
Engkau terpilih kerana selayaknya dipilih
Engkau ibarat sehelai kain putih
Yang sangat suci lagi bersih
Walau gelaran muallaf terpikul pedih
Usah kau gusar usah kau sedih
Yakinlah pasti terpadam segala jerih
Dek manisnya cinta ar-Rahman
Terhadap engkau permata pilihan.
Duhai sahabatku
Hadapilah episod baharu kehidupanmu ini
Dengan penuh sabar dan tabah
Harunginya kerana Lillah
Laluinya dengan pasrah
Harapku agar kau tidak goyah
Jauh sekali berpaling arah.
Duhai sahabatku
Teruslah melangkah dan melangkah
Bangkitlah melawan segala mehnah
Yang pasti tiada noktah
Sungguh manis perjuangan fisabilillah
Tersebab Lillah hilang segala lelah
Berlarilah demi mengejar mardhatillah
Pasti terbalas segala jerih perih dengan ganjaran Jannah.
Tujuanku yang satu, iaitu Allah. Perjalanan hidup yang penuh cabaran, Mengharungi liku kehidupan, Demi mengajak diri dan juga seluruh insan, Dalam mengenal siapakah Tuhan.
Saturday, 24 November 2018
Friday, 26 October 2018
Dialah Muallim, Murabbi dan Muaddib!
Kejayaan yang saya harapkan bukanlah kejayaan dalam peperiksaan, tapi yang saya harapkan kejayaan dalam kehidupan. Sungguh mendalam harapanmu. Ungkapan yang keluar dari mulut pensyarahku yang pelat Jawa itu sangat memberi kesan kepada aku. Benarlah firastku empat bulan lalu. Saat kuliah pertama dengan beliau pada awal semester, aku sudah dapat merasakan bahawa pensyarah ini seorang insan yang hebat. Dia bukan hanya guru tetapi dia pendidik.
Dalam setiap kuliah TPP, tidak pernah beliau terlepas dalam menyertakan ilmu ukhrawi kepada kami. Ada sahaja teguran membina dan pesanan mulia yang beliau akan kongsikan kepada anak didiknya. Beliau juga sering mengingatkan kami untuk mendirikan solat secara berjemaah lebih-lebih lagi bagi pelajar lelaki. Pernah pada suatu hari beliau menyatakan kekecewaan dan kerisauan terhadap pelajar-pelajar IB kerana kelalaian kami dalam mengimarahkan surau.
Sifat Dr yang sangat peramah, penyayang dan kebapaan membuatkan kami sentiasa ternanti-nanti untuk berkuliah dengan Dr. Dalam ketegasan beliau masih ada sifat perihatin dan penyayang. Beliau tidak lokek berkongsi segala ilmu yang dimiliki dengan kami. Beliau juga sering melayan karenah kanak-kanak C10 yang pelbagai ragam sehingga terserlah wajah Dr terbahak-bahak mendengar lawak kami terutamanya Syed. Tidak pernahlah kami mengenal erti bosan atau terburu-buru ingin menamatkan kuliah dengan Dr kerana sikap Dr yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat setiap anak didiknya.
Hari ini merupakan hari terakhir kami berkuliah dengan Dr Khahar bagi kursus EDUP3053, Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Banyak amanat, nasihat dan pesanan yang Dr telah berikan kepada kami. Dr juga menceritakan sejarah dan latar pendidikan beliau sehinggalah beliau berjaya menamatkan pengajian Ph.D beliau semasa usia menjangkau 50-an. Besarlah harapan Dr agar kami mampu bertahan dengan segala cabaran dunia pendidikanl kini dan berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi. Dr juga berpesan agar kami menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik, yang berusaha mencapai kesejahteraan dalam hidup. Dr juga menyatakan bahawa beliau akan menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun tahun hadapan.
Kami mendoakan agar Dr sentiasa mendapat kesihatan yang baik, rezeki yang luas dan mencapai kesejahteraan hidup seperti yang didambakan.
Terima kasih Dr Khahar. Jasamu dikenang!
Sunday, 21 October 2018
You
'Have You Ever' by Westlife
Have you ever loved somebody so much
It makes you cry
Have you ever needed something so bad
You can't sleep at night
Have you ever tried to find the words
But they don't come out right
Have you ever...(2x)
CHORUS
Have you ever been in love
Been in love so bad
You'd do anything to make them understand
Have you ever had someone steal your heart away
You'd give anything to make them feel the same
Have you ever searched the words to get you in their heart
But you don't know what to say
And you don't know where to start
CHORUS
Have you ever found the one
You're dreamed of all your life
You'd do just about anything to look into their eyes
Have you finally found the one you're given your heart to
Only to find the one won't give their heart to you
Have you ever closed your eyes and
Dreamed that they were there
And all you can do is wait for the day that they will care
CHORUS
What do I gotta do to get you in my arms baby
What do I gotta say to get to your heart
To make you understand how I need you next to me
Gotta get you in my world
Cause baby I can't sleep
CHORUS (2X)
Have you ever ever ever
Have you ever...

Friday, 12 October 2018
Larangan tanpa penjelasan
Tergantung tanpa jawapan
Larangan keras tanpa penjelasan
Aku kebingungan dihalang mengenal Tuhan
Maaf aku terpaksa teruskan
Jika tiada alasan juga huraian dilampirkan
Pokok pangkalnya terhadap inti yang ingin disampaikan
Bukan latar lampau dia yang bersifat insan

Monday, 10 September 2018
Bangsaku yang tersasar!
Sedihnya melihat bangsaku
Bangsaku yang lahirnya dengan agama fitrah
Tapi membesarnyamu menyimpang dari fitrah.
Sedihnya melihat bangsaku
Sesama jantina duduk berdua sebagai pasangan kekasih
Berpakaian berlainan watak walau kalian sebenarnya sama
Berperilaku ibaratnya berlainan jantina
Bertindik telinga, berwarna rambut berjalan mendada
Disangkanya bertubuh sasa bak teruna.
Sedihnya melihat bangsaku
Duduk semeja tangan merayap laju
Licik meraba-raba paha melepaskan nafsu menyimpang
Serupa jantina seronok melayani kehendak pasangan durjana
Tampak bahagia sungguh dalam noda yang terus mewarnai jiwa
Jiwa yang sesat dalam kesesatan nyata.
Sedihnya melihat bangsaku
Sampai bila kalian akan terpesona dengan dunia itu
Budaya kuning semakin sebati dek alasan masalah peribadi juga latar belakang abadi
Bukankah agama kita mengajarkan penyelesaian bertuhan
Hadapilah masalah sebagai cabaran yang punya jalan keluar
Berlandaskan kitab suci juga kalam nabi.
Sedihnya melihat bangsaku
Tersasar jauh dari landasan suci jalan menuju rabbi
Ayuhlah kita semua bersatu hati kembali kepada Dia dengan sepenuh hati
Menggembleng tenaga mengorbankan masa, jiwa dan harta
Demi memastikan anak bangsa kita megah dengan beragama
Lupakah kita bahawa mulianya kita kerana agama
Berpeganglah pada agama sebenar
Biar kukuh sanubari dengan ajaran-Nya
Agar teguh dalaman walau dilambung ombak, dilanda badai dihunus tombak
Kekal pada ajaran agama yang syumul dari Dia yang akmal.
Ayuhlah bangsa seagamaku
Kita imbau kembali jerih perih Sang Nabi berjuang menegakkan agama suci ini 1000 tahun lalu
Besarnya harapanku untuk melihat kembali kemeriahan bangsaku beramal dengan agama kamil
Berpakaian berpandukan syariat Islam
Berperwatakan mengikut fitrah insani
Bagi menghindari fitnah manusia juga murka yang Maha Esa!

Wednesday, 22 August 2018
Memahami Erti Sebuah Pengorbanan
Detik 10 Zulhijjah bagi tahun 1439 Hijriah tiba jua pada hari ini, bersamaan 22 Ogos 2018, iaitu hari Rabu. Tidak asing lagi bagi ummat Islam di seluruh pelusuk dunia untuk mengerjakan ibadah korban. Korban merupakan perkataan bahasa Arab (قرب ⬅ قربان) yang bermaksud dekat. Dekat di sini disifatkan kepada ibadah korban yang dikerjakan bagi mendekatkan diri seorang hamba terhadap pencipta-Nya, Allah. Ibadah mulia ini bertujuan mengingati dan mengahayati betapa tingginya nilai pengorbanan yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah. Hal ini dapat dilihat menerusi peristiwa Nabi Ibrahim yang mendapat perintah melalui mimpinya daripada Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Dengan rasa bersimpati, Nabi Ibrahim telah menyatakan mimpinya kepada anakanda yang tercinta. Nabi Ismail yang ketika itu masih kecil menerima sahaja perintah itu dengan redha. Peristiwa ini dirakamkan dalam firman-Nya dalam surah as-Saafat ayat 99 hingga 111, yang bermaksud:
"Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Rabbku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Rabbku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang shalih. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu?” Ia menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami memanggilnya: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.”
Melihat suasana Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban di tanah air kita, khususnya di negeri tanah kelahiran saya, iaitu Kelantan, perayaan ini disambut begitu meriah sekali malah lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri. Umum diketahui bahawa masyarakat di negeri Kelantan, terutama ummat Islam sangat menghargai kehadiran perayaan ini. Sebagai contoh, pengawal keselamatan di pusat pengajian saya pernah bertanya; Kenapa saya tidak pulang beraya pada "hari besar" kerana sangat aneh bagi orang Islam Kelantan jika tidak pulang menyambut Hari Raya Korban. Saya memberitahu pengawal tersebut, saya pasti akan pulang! Bezanya lambat sahaja kerana terdapat urusan-urusan tertentu yang memaksa saya pulang lambat, iaitu sehari sebelum hari raya. Begitulah gambaran bahawa betapa meriahnya suasana perayaan ini di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Namun begitu, di sebalik kemeriahan terselit rasa sedih dan simpati kami terhadap saudara-saudara seislam yang tidak dapat menyambut hari besar ini bersama insan tersayang. Sanak-saudara yang berkorban demi tugas dan tanggungjawab terhadap negara sebagai tentera dan seangkatan dengannya dan tidak lupa juga kepada mereka yang mempunyai masalah dari segi kewangan dan kurang berkemampuan bagi membiayai kos pulang ke kampung halaman serta saudara yang mempunyai masalah-masalah lain yang menghalang mereka daripada pulang merasai kemeriahan Aidiladha di kampung. Lebih menyayat hati apabila teringat akan saudara-saudara baru yang baharu sahaja memeluk Islam ataupun sudah lama tetapi tidak mempunyai ahli keluarga yang beragama Islam. Tidak dilupakan, sahabat sekelas saya berbangsa Cina, Pui yang memeluk agama Islam pada bulan November tahun lalu menyambut Aidiladhanya yang pertama dalam hidupnya selama 20 tahun pada hari ini! Walau bagaimanapun, saya sangat gembira apabila mengetahui ibunya yang beragama Buddha sanggup menghantarnya ke masjid bagi sama-sama merasai suasana kesyahduan takbir hari raya di Malaysia yang begitu sayu serta kemeriahan Aidiladha bersama masyarakat Islam. Allahuakbar! Benarlah; Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah kekal selamanya.
Ibunya pada awal pengislamannya begitu kecewa dalam pilihan ad-deen sang anak, akhirnya akur akan ketentuan Tuhan. Segala kemarahan dan kekecewaannya terhadap sang anak berlalu pudar dan kian menghilang kerana kasih dan kuasa Tuhan melembutkan hati si ibu. Situasi ini sesuai dengan kata pujangga Inggeris; No love is greater than mom's love, No care is greater than dad's care.
Semoga pengorbanan jiwa ibu terhadap anak dikenang dan dihargai hingga lubuk hati, duhai sahabatku. Beruntung kau sahabatku kerana ujian yang kau hadapi dalam tempoh pengislaman yang dilalui masih terkawal berbanding saudara-saudara kita yang lain yang dibuang keluarga dan terpaksa menumpang kasih orang lain.
Diharapkan agar Hari Raya Korban kali ini menjadi titik pemula untuk kita benar-benar mendalami erti pengorbanan yang sebenar, pengorbanan dalam pelbagai situasi yang penuh cabaran, mehnah dan tribulasi terutama pengorbanan dalam memastikan kita menjadi hamba-Nya yang taat, insya-Allah. Renungilah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya demi melaksanakan perintah Allah serta pengorbanan rasul-rasul ulul azmi dalam menegakkan syiar Islam. Semoga, dengan penghayatan tersebut mampu menyuntik semangat berkorban dalam diri kita.
Keluarga kecilku di institut.
(Atas dari kiri: Faal, Pui, Syed, Amin
Baris kedua atas dari kiri: Auni, Hariz, Izzati, Wawa
Baris ketiga atas dari kiri: Pipah, Nania, Adi, Aiman
Kedua bawah dari kiri: Yusra, Naim, Ajib, Mirul
Bawah dari kiri: Kuzek, Chan, Fatah, Mera)
Wednesday, 15 August 2018
APA ITU DEKAN?
Citanya ingin dekan
tapi anda laksanakn tugasan
tanpa penghayatan
sekadar menyiapkan!
Musim kerja kursus kembali menjengah kami siswa pendidik IPG. Serentak dan setimbun pada satu masa sebanyak 7 kursus pada semester ini.
Maka, akan terpampanglah di kebanyakan status whatsapp dan story instagram para pelajar IB akan tekanan menyiapkan kerja kursus. "Barai". "Mata panda". "Masih berjaga". Perkataan-perkataan tersebut sering digunakan oleh siswa pendidik yang cuba meluahkan rasa penat mereka dalam melangsaikan kerja kursus.
Pada hemat saya, amatlah memalukan kerana sikap suka bertangguh dan kerja saat akhir menjadi kebiasaan dalam kalangan warga IPG. Lebih memalukan apabila para pelajar merungut tarikh penghantaran kebanyakan kerja kursus pada tarikh yang sama sedangkan tempoh masa yang diberikan agak panjang. Perkara ini perlu dibendung daripada terus menjadi kebiasaan.
Siswa-siswi tidak pernah jemu dari merungut. Katanya kesuntukan masa, banyak komitmen, jadual padat, kekurangan bahan rujukan dan pelbagai lagi alasan yang digunakan bagi mengiyakan tindakan menangguh ini. Sesungguhnya sangat tidak wajar bagi para pelajar untuk menggunakan alasan sedemikian pada zaman kecanggihan teknologi dan maklumat ini. Walau bagaimanapun, para pelajar masih lagi sempat bermain permainan video, menonton drama yang bersiri-siri dan melepak di pusat beli-belah. Hal ini demikian menimbulkan tanda tanya kepada saya sekali gus menjawab persoalan yang sering bermain di minda saya bahawa benarkah penuntut IPT sibuk dan kekangan masa dalam menyiapkan tugasan?

Subscribe to:
Comments (Atom)
The Birth
We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...
-
Ini kisah benar. Mary merupakan seorang gadis jelita berbangsa Iban. Sejak dari sekolah dahulu lagi, Mary senang bergaul dengan orang Isl...
-
Sarapan maggie kari oleh Aiman & Adi Check out homestay Palm Courts Homestay Kapitan Chulia Street Masjid Lebuh Acheh Upside-dow...
-
Apakah alasan kita untuk tidak membaca Al-Quran😭 Minggu lepas ada seorang kenalan mualaf dapat luangkan masa saya mendengar bacaan sur...