Saturday, 1 February 2020

Cinta Sejati

Ini kisah benar.

Mary merupakan seorang gadis jelita berbangsa Iban. Sejak dari sekolah dahulu lagi, Mary senang bergaul dengan orang Islam. Kecintaannya terhadap agama Islam semakin mendalam setelah dia mempelajari agama Islam.

Pada masa yang sama, Mary mempunyai ramai rakan-rakan beragama Islam. Jadi, dia mula memberanikan diri untuk bersoal jawab tentang agama bersama rakan-rakan.

Setelah sekian lama mengkaji, Mary akhirnya membuat keputusan untuk memeluk agama Islam. Dengan bantuan dan sokongan para pensyarah dan rakan-rakan, alhamdulillah Mary kini bergelar seorang Muslim semasa di tahun akhir pengajiannya di ibu kota. Mary memilih nama Maryam. Ini merupakan sejarah terindah dan permulaan kehidupan baru buat Maryam. Semuanya bermula di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  Kuala Lumpur.

Mary juga dikurniakan Allah jodoh yang sangat baik, yang banyak membantunya dalam mempelajari Islam.
Ajal maut jodoh rezeki semuanya ketentuan Allah. Maryam akhirnya berkahwin dengan Yaseer, seniornya di institusi yang sama. Yaseer merupakan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia membimbing isterinya menjadi seorang muslimah solehah.


Gambar daripada akaun instagram

Mereka berdua merupakan pasangan yang sangat bahagia. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir 3 tahun, Maryam dan Yaseer belum dikurniakan cahaya mata. Namun, itu bukanlah penghalang kebahagiaan bahtera mereka.



Detik 24 Februari 2019, kami mendapat khabar berita bahawa Maryam dan Yaseer terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sibu, Sarawak. Dan lebih mendukacitakan Maryam maut di tempat kejadian dan Yaseer mengalami kecederaan di bahagian kaki. Memandangkan ibu bapa dan adik lelaki Maryam masih beragama Kristian dan keluarga Yaseer jauh di Semporna Sabah, urusan pengebumian Maryam disempurnakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), PAIB & USK Sibu, Perkim Sarawak Cawangan Sibu dan yang paling penting Ustaz Fadhlullah Abdullah yang menjadi orang tengah menerima dan menyampaikan maklumat tentang pengebumian almarhum Maryam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Syukur.
Perbualan saya dengan Ustaz Fadhlullah melalui Facebook


Sebahagian ahli keluarga Maryam hadir memberi penghormatan terakhir
(Gambar daripada Ustaz Fadhlullah) 


Kehidupan Yaseer bertukar hiba setelah kematian isteri tercinta. Namun dia akur ini semua ketentuan Yang Maha Esa. Yaseer meneruskan perjalanannya dengan sokongan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang tidak pernah jemu mendoakan yang terbaik buat Yaseer.


Alhamdulillah, Yaseer semakin baik dari masa ke masa.


Pagi tadi sekali lagi, tanggal 1 Februari 2020, kami mendapat berita bahawa Yaseer telah kembali kepada Ilahi kerana menghidap kanser hati tahap 4. Kami amat berduka cita dan terkesan dengan pemergian Maryam dan Yaseer.

Mereka hanyah berpisah 11 bulan cuma dan kini kembali semula bersatu buat selama-lamanya. Maka, buat Maryam & Yaseer kalian memang pasangan cinta sejati dan bercintalah kalian dengan rahmat Ilahi di negeri abadi. Salam takziah Maryam & Yaseer.
Al-Fatihah.

Ikuti kisah cinta sejati ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian ini:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...