Friday, 7 February 2020

Sedekah

Baiklah, bersempena dengan penghulu segala hari ini, saya nak cerita sikit satu daripada amalan sunnah pada hari Jumaat, iaitu sedekah. 

Dua hari lepas, aku, Pipah, dan Tika teman roommate aku buka puasa kat Restoran Lamb Shepherd, Wangsa Maju. 

Kami tiba hampir jam 6.45 petang. Lepas siap order makanan maka sampailah dalam pukul 7.05. Kemudian kami tak makan lagi sebab tunggu azan maghrib.

Jadi, pemilik kedai tu (auntie) peliklah. Kenapa kami tak makan sedangkan dah dapat makanan. Dia pun mungkin tak dapat agak ada dalam kalangan kami berpuasa. Lagi pun hari Rabu. Jaranglah nak berpuasa selain Isnin dan Khamis. 


Maka, dia pun tanyalah kenapa tak makan. Lepas kami beritahu yang kami ada yang berpuasa dia pun macam marah jugalah kenapa tak maklumkan awal. Sejuk makanan. Tambahan pula, restoran berpendingin hawa. 



Kemudian kami semua terkelu. Tak terfikir pula. Kami pun sambung semula bersembang lepas auntie beredar. Dan tiba-tiba auntie datang semula kat meja kami kami dengan satu jag air baboa tea. Dia belanja kami air tu sebab meraikan roommate saya yang berpuasa tu. 💕

Didoakan semoga auntie dimurahkan rezeki dan perniagaan restoran ini bertambah maju. Amin
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...