Thursday, 29 October 2020

The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cc: Sir Nik


#prophetmuhammadﷺ #prophethood #adam #idris #noah #hud #salih #abraham #lot #ishmael #isaac #jacob #joseph #job #zulkifli #shuaib #moses #aaron #elias #elisha #david #solomon #jonah #zechariah #johnofbaptist #jesusthemessiah #muhammad

Wednesday, 5 August 2020

Sebuah Kematian yang Indah

Mana mungkin kita boleh lari dari tarbiyah sedang kita memerlukannya.

-Izyani Kafli-


#dalamkenangan
#alfatihah
#alumniIPGKBL
#tragedi4guru
#SKUmasUmas
#gurudiTawau







https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2942550569188899&id=959591210818188

Friday, 22 May 2020

Pemergianmu


RAMADAN BULAN KEAMPUNAN, AYUHLAH MEMOHON AMPUN & MEMBERI MAAF



Ramadan merupakan bulan yang penuh rahmah dan maghfirah (keampunan).

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berpuasa pada Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala Allah SWT, nescaya diampuni dosanya lalu. (HR Bukhari)

Jangan sesekali berputus asa terhadap keampunan Allah. Ingatlah, sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah kepada kita.

Allah berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS. An Nisa: 48)

Ayuh, manfaatkan sebaiknya keistimewaan yang dikurniakan ini dengan memohon ampun kepada Dia Yang Maha Pengampun! 

Sabda Rasullullah, “Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan."

Allah itu Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Maka, siapakah kita jika mahu dibandingkan dengan Allah hingga berasa terlalu ego untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain. Ingat, hidup terlalu singkat untuk membenci!

Allah Yang Maha Agung pun sudi memaafkan kesalahan setiap hamba-Nya, apatah lagi kita.

Ayuh sebarkan kasih sayang! Akhir kata, bersempena dengan Bulan Keampunan ini, marilah kita memohon ampun kepada Allah dan memberi maaf kepada semua.


Saturday, 9 May 2020

Episod Kehidupan


Di akhir setiap episod kehidupan,
apa yang dicari?

Hidup ini berfasa. Berepisod.
Setiap satu fasa, ada rintangannya.
Setiap satu episod, ada manis dan masamnya.

Berdoalah, setiap fasa diiringi kekuatan.

Bermunajatlah, setiap episod diakhiri ketakwaan.

Ketakwaan yang mendamaikan supaya terus teguh di jalan mahmudah.

(Pahrol Mohd Juoi dalam Melakar Damai di Jiwa)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran bagi tahun 1441H buat pengunjung blog saya. Moga al-Quran menjadi panduan kehidupan dan amalan kehidupan kita hingga akhir hayat. Amin

Friday, 24 April 2020

斋月快乐 1441H / 2020

Lain macam rasanya Ramadan tanpa mereka😭😭😭 iftar, tadarus, khatam, kuliah dengan kalian yang benar-benar  pencinta agama. Di sini tempat paling senang air mata jatuh. Wallahi. Allah, berilah kesempatan aku bersama mereka lagi. Amin

Cc: Ustaz Amran Abdullah 


Ramadan tahun ini amat sayu tanpa mereka namun, aku amat bersyukur dapat berpuasa sepenuhnya bersama kekuarga tercinta. Alhamdulillah! 

Allah, kau permudahkanlah urusan semua muslim menjalani ibadah puasa lebih-lebih lagi saudara-saudara muallaf yang baru memeluk Islam yang berpuasa bersendiri menjalani ibada puasa di samping keluarga yang belum Islam. Moga mereka menjadi asbab hidayah buat keluarga mereka. Amin

斋月吉庆!
          رمضان مباركة !    
 Ramadan Mubarak !
主麻吉庆!
          جمعة مباركة !   
 Jummah Mubarak !

Friday, 10 April 2020

我看我哭的可能性比較大

Apakah alasan kita untuk tidak membaca Al-Quran😭

Minggu lepas ada seorang kenalan mualaf dapat luangkan masa saya mendengar bacaan surah al-Kahfi secara dalam talian.

Kenalan saya ni alhamdulillah syahadah pada bulan 5 tahun lepas, kiranya kurang setahun. Alhamdulillah dengan usaha dan kegigihan dia yang sangat bersungguh dia dah dapat baca al-Quran.




Apa yang menyentuh hati saya ialah, dia mengambil masa hampir sejam untuk membaca 4 muka surat surah Al-Kahfi.
Masya-Allah walaupun ada kekangan nak belajar iqra di rumah sepanjang PKP ini namun kegigihannya hingga dia dapat baca al-quran amat mengejutkan saya walaupun tidaklah selancar kita namun saya benar-benar terharu dengan kejayaannya dapat membaca al-Quran sedangkan dia masih belum sampai iqra 4 pun semasa di kelas agama Hidayah Centre. 

Sungguh berbeza dengan kita yang mungkin kurang 10 minit sudah dapat habiskan 4 muka surat al-Quran. Namun, persoalannya bagaimana kita memanfaatkan rezeki yang diberi Allah kemudahan kita baca al-Quran. Berapa jam kita luangkan??? Allah, aku sentap kerana sepanjang PKP ini aku lebih lama hadap skrin laptop berbanding luangkan masa untuk al-Quran.

Sungguh aku malu pada-Mu. Ampunkan daku.

Semoga saudara muallaf yang masih baru khususnya diberi ketabahan, kekuatan dan istiqamah dalam menuntut ilmu Allah. Kalian pejuang Allah. Sebenarnya bukan saya yang mengajar anda, tetapi anda yang nengajar saya😭 Terima kasih Allah kerana kau kirimkan kenalan ini sebagai teguran untuk aku😥

Thursday, 12 March 2020

Doa Tolak Wabak dan Bala

ََاَلَّلهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْغَلَاءَ وَالْبَلاَءَ
 وَالْوَبَاءَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنكَرَ
 ما ظَهَرَ  مِنْهَا وَمَا بَطَنَ

Ya Allah jauhilah kami dari kesusahan, bala, wabak, perkara keji dan kemungkaran apa yang zahir dan apa yang tersembunyi daripada perkara-perkara ini.

Suara Muallaf

Tertarik dengan kata-kata mereka berdua dalam satu forum, Suara Muallaf.
Pesan Aliya Deshmin dan Jackson Azfar Wong;

Jagalah solat

Fahami bacaan solat.

Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada mereka berdua menempuhi ujian dan cabaran sebagai seorang muallaf, kurang dari satu tahun mereka melafazkan syahadah, namun mereka amat hebat. Masya-Allah!

Mereka sungguh tenang dan sabar. Wallahi, semangat dan kecintaan mereka terhadap-Mu sunggu luar biasa.  Ya Allah. Ganjari mereka syurga Firdaus-Mu. 

Ya Allah, Engkau kurniakanlah hidayah dan taufik-Mu kepada kami muslimin dan muslimat serta seluruh manusia yang belum  lagi Islam. Hadiahkanlah mereka hidayah-Mu ya Rabb😭

Amin. 


Tuesday, 25 February 2020

C10stays20 ~ Bingkisan

Ini ialah bingkisan hari ketiga. Tak edit apa pun. Hanya gabung video seja. Sekadar kenangan. Ayuh kita mulakan tugasan kerja kursus


Monday, 24 February 2020

C10stays20 ~ Hari Keempat

Sarapan rumah Mera

Santai tengok TV, bincang politik semasa... Dewasa dah kami


Pukul 10 lebih bertolak balik...


Aiman dan Syed ke Parit Buntar

Adi, Nania, Yusra dan Azib, Faal, Pipah ke Ipoh hantar Adi

Jumpa mak ayah Adi

Bertolak balik ke KL

Pipah pecut dengan Toretto Pekan si Nania yang ketiduran lena

Kami berhenti solat jamak di rnr Sungai Buloh

Tiba di IB jam 5.15 petang


Faal hantar aku ke TBS pukul 6 dengan jalan sesak.

Pipah, Azib dan Nania balik Pahang


Sedih takda tiket dari Jitra ke Kelantan😭

Sunday, 23 February 2020

C10stays20 ~ Hari Ketiga

Sarapan maggie kari oleh Aiman & Adi

Check out homestay Palm Courts Homestay

Kapitan Chulia Street

Masjid Lebuh Acheh

Upside-down House

Masjid Kapitan Keling

Nasi Kandar Hameeda


Dua kereta hantar Auni ke Sg. Ara... Kereta Faal hantar Fatah, Wawa dan Ezy ke KTM Butterwoth.

Berjumpa semula di Penang Sentral

Bertolak ke rumah Jitra

Singgah di Tasik Jitra

Pergi rumah En. Mahdi

Bermalam di rumah Mera.

Saturday, 22 February 2020

C10stays20 ~ Hari Kedua

Bersarapan di base Sg. Ara, sarapan pagi

Bertolak ke Escape

Solat Jamak taakhir asar dan maghrib

Check in homestay

Avatar Secret Garden

Padang Kota Lama

Friday, 21 February 2020

C10stays20 ~ Hari Pertama

IB

Rnr Sg. Buloh

Gopeng/Sg. Itik

IGop

Parit Buntar

Pulau Pinang
- Feri
-Jeti Chew

Wednesday, 19 February 2020

Jeritan LRT

LRT menjerit setiap pagi
Membawa beban ke destinasi
Rutin hakiki
Sehingga tiba masa dia akan berhenti
Setiap pagi aku pasti mendengar jeritan itu
Sungguh jelas walaupun dari kejauhan.

LRT terus menjerit saban hari
Melaksanakan tugas tanpa pernah mengeluh
Kepenatan itu tidak terluah
Jauh di sudut sanubari dia ingin berhenti
Namun dia sedar suatu masa pasti pemberhentian itu tiba jua
Tapi, entah bilakah masa itu

Saturday, 15 February 2020

Ahmad Ammar, Kebanggaanku!

15.2.1993-15.2.2020

Almarhum Ahmad Ammar Ahmad Azam genap 27 tahun.
Memburu syahid dan dianugerahkan syahid impian almarhum. Allahuakbar.
Almarhum syahid pada usia muda, usia remaja ingin kebebasan namun tidak pada almarhum.
Syahid diusia 20 anugerah terindah.  Tiada kata yang mampu diungkapkan melainkan;
Allah izinkan dan rezeki aku mengikuti jejak langkahnya. Amin

Al-Fatihah buat almarhum. Moga aku juga menjadi seperti Ahmad Ammar. Moga lebih ramai Ahmad Ammar dilahirkan kelak. Amin




Ahmad Ammar Ahmad Azam
5/2/1993~2/11/2013

Mengimbau Memori

Esok pelajar IPG Semester 2 Ambilan Jun 2019 akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)  Fasa 1.

Jadi, saya mengucapkan Selamat BerPBS semua!

Ha, apa kaitannya dengan tajuk post hari ini. 


 
Boleh tonton rakaman video melalui pautan ini. 



Ditakdirkan saya ni mengikuti kursus Elektif Teras Sejarah (SJHK) kat IPG. Semasa saya menjalani PBS Fasa 1 tahun lepas, saya perlu adakan temu bual beberapa tokoh yang ada di sekolah bagi memenuhi tugasan Kursus Sejarah Lisan & Pendokumentasian. Jadi, dikesempatan ini saya memuat naik semula video rakaman temu ramah di Channel YouTube saya sebab junior tahun yang berPBS kali ini ada yang minor Sejarah seperti saya. Tahun lepas tiada. Itulah sebab saya mengimbau memori ini dapatlah saya bagi gambaran kepada junior saya khususnya cara hendak memulakan temu ramah.

Buat junior yang nak tahu lebih lanjut, nak panduan atau apa-apa bolehlah mesej saya personal. 

Friday, 14 February 2020

2020, Tahun Melawat Kelantan

Saya sebagai anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang amat teruja dengan sambutan Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini! 




Alhamdulillah, kito hidup berbile bangso. Ado belako... Melayu, Cino, India, Sie (Siam). Amey harmoniy puok kito.

Gi mano-mano kecek kelate dok lepo. Dok kiro warna kulit, dialek kito fasih belako.

Duduk semejo perkaro biaso. Berkongsi adat dan budayo itulah kito.

Agamo Isley (Islam) sokmo di depei
Hindu... Budha... Kristian pakat kito hormati
Itulah rahsio puok kito
Takdok sengketo takdok prasangko
Amey bahgio sokmo-sokmo

Tuan Guru pemimpin terhebak
Sentiasolah kita selitkan doa
Moga didikan dio sentiaso tersemak
Daley jiwo kito semuo rakyat Kelatey

Banggalah ambo jadi anok kelate. #sepkitojangeypeccoh

Tuesday, 11 February 2020

Doa Yang 'Power'

Semalam kelas aku ada kuliah ganti dengan Dr Faridah Darus. Kelas aku tentukan nak buat di Surau Taqwa sebab gabung dengan kelas C5. 


Apa yang aku suka Dr ni dalam kuliah dia mesti selitkan unsur kerohanian. Semalam Dr ajar satu doa. Doa untuk dipermudahkan segala urusan, hilangkan keserabutan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ


Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah, tiada sembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Yang Maha Esa lagi Maha Sempurna Sifat-Nya, tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, serta tidak ada satu pun yang setara dengan-Nya”.

Doa ni ada kesinambungannya, yang apabila sahabat baca, Nabi Muhammad s.a.w pun sahut. 


Doa ini diriwayatkan oleh Imam An-Nawawi dari Sunan Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah.

Jadi, marilah kita sama-sama amal😍

Friday, 7 February 2020

Sedekah

Baiklah, bersempena dengan penghulu segala hari ini, saya nak cerita sikit satu daripada amalan sunnah pada hari Jumaat, iaitu sedekah. 

Dua hari lepas, aku, Pipah, dan Tika teman roommate aku buka puasa kat Restoran Lamb Shepherd, Wangsa Maju. 

Kami tiba hampir jam 6.45 petang. Lepas siap order makanan maka sampailah dalam pukul 7.05. Kemudian kami tak makan lagi sebab tunggu azan maghrib.

Jadi, pemilik kedai tu (auntie) peliklah. Kenapa kami tak makan sedangkan dah dapat makanan. Dia pun mungkin tak dapat agak ada dalam kalangan kami berpuasa. Lagi pun hari Rabu. Jaranglah nak berpuasa selain Isnin dan Khamis. 


Maka, dia pun tanyalah kenapa tak makan. Lepas kami beritahu yang kami ada yang berpuasa dia pun macam marah jugalah kenapa tak maklumkan awal. Sejuk makanan. Tambahan pula, restoran berpendingin hawa. 



Kemudian kami semua terkelu. Tak terfikir pula. Kami pun sambung semula bersembang lepas auntie beredar. Dan tiba-tiba auntie datang semula kat meja kami kami dengan satu jag air baboa tea. Dia belanja kami air tu sebab meraikan roommate saya yang berpuasa tu. 💕

Didoakan semoga auntie dimurahkan rezeki dan perniagaan restoran ini bertambah maju. Amin
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)





Thursday, 6 February 2020

Manifestasi Cinta


Lakukanlah setiap kebaikan sebagai satu manifestasi kecintaan... Sayang... dan Rindu kita terhadap Allah.

Jangan mengharapkan sesuatu yang lain. Niatlah hanya kerana Allah.

Dan inilah yang menjadi kekuatan salafus saleh para anbiya, yang kelihatan seperti sukar namun yang memotivasikan mereka hingga dapat kekuatan yang begitu hebat kerana wujudnya cinta, kasih, sayang mereka kepada Allah.

-Motivasi pagi radio ikim-

Wednesday, 5 February 2020

Masakan Cina Muslim sedap dan berpatutan Chinese Cuisine in Kuala Lumpur

Memandangkan ramai sangat kawan aku asyik duk tanya;
    
"... apa nama kedai tu... Kedai kat mana... Harga mahal tak..."




So, aku nak kongsilah kat kalian semua. Benda baik eloklah dikongsi bersama..hihihihi

Oh bukan kawan je, pensyarah dan cikgu aku pun ada tanya jugak... Maklumlah aku ni tak hide pun status whatsapps atau story instagram. Malas nak timbul apa-apa isu so tak perlulah aku susah2 nak hide. 

Ok, baiklah aku cerita asal usul perkenalan aku dengan kedai tu.

Utamanya, aku nak ucapkan terima kasih kepada Bro Mah Wai Kit. Sebab dialah aku kenal kedai ni melalui kawan aku... Lama dah... Hampir 4 tahun lepas... Sejak November 2017. Kawan-kawan aku yang sering makan kat kedai ni sekali dengan aku termasuklah Farzana, Afifah, Pui, Nania dan Khuzaimah.

Pemilik kedai


Apa yang unik kedai ni bagi akulah pertama, pengusahanya orang China... Dari negara China dan beragama Islam. Tapi, customer dia bukanlah sekadar orang China sahaja tapi lebih ramai rakyat Malaysia... Melayu, Cina dan India.

Bukan tu je. Kedai ni juga menerima  kunjungan pelanggan dari pelbagai latar belakang.  Macam-macamlah orang aku tengok tak melepaskan peluang makan kat kedai ni, orang Islam dan tak Islam sama banyak. Semua bangsa ada, orang Timur Tengah pun boleh tahan gak duk makan sini.

Oh seronoknya tengok orang duduk sebumbung... Bersatu padu menikmati makanan yang sama. Nampaklah makanan ni mampu mewujudkan keharmonian hehhe.

Unikkan apabila tekak kita ni dapat terima citarasa yang kita tak pernah rasa sejak kecik pun... Akulah tu... Abah aku ni susah sikit tekak dia nak terima masakan kalau bukan masakan Melayu... Umi (emak) aku ok je.


Baiklah, berbalik kepada soalan, apa nama kedai ni.

Kedai ini diberi nama sebagai :
Lamb Shepherd Restaurant (Authentic Chinese Muslim Cuisine).

Alamatnya pula: NO.8A GRD FLOOR JALAN 4/27F, OFF, JALAN GENTING KLANG, Desa Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Alahhh sekarang ni senang dah, waze je nama kedai insya-Allah keluar terus.
Kalau kalian biasa dengar pendakwah terkemuka yang bernama Bro Firdaus Wong Wai Hung... Haaa kedai ini deretannya dekat sangatlah dengan office beliau, Multiracial Reverted Muslim (MRM) dan juga Interactive Dakwah Centre (IDT) yang diterajui oleh Bro Lim Jooi Soon, yang juga pendakwah bebas. 

Baiklah persoalan seterusnya, harga🧐

Bagi aku yang masih pelajar yang selalu pergi makan kat sini dengan portion yang banyak  sangatlah berpatutan harganya. 



Berdasarkan pengalaman akulah dah hampir 4 tahun makan kat sini aku WAJIB kongsi satu makanan dengan kawan sebab memang aku tak mampu habiskan. Bukan kata tak sedap..... Sedap sangat😭😭😭😭 tapi itulah portion banyak kena dengan harga... Kena dengan tahap kesedapan... Allahu



Seterusnya, apa yang istimewa sangat kedai ni berbanding kedai-kedai hidangan Cina Muslim yang lain😋

Yang ni subjektif punya jawapan. Lain orang lain citarasa. Jadi izinkan aku huraikan mengikut lidah aku yang merasa dan tekak aku yang menelan dan perut aku yang mengahadam😘

Ini antara 4 menu wajib yang kami akan order


Paling utama aku dah sebut, secara keseluruhan semua hidangan diiringi dengan harga mampu milik dan rasa sedap yang infiniti tahap kesedapannya kecuali kalah dengan masakan emak akulah. Itu je kelemahan kedai ni, tak mampu lawan masakan emak aku.
Dumplings Soup!
(Lazat tak terkata) 


Seterusnya sup dumpling kedai ni sangatlah membuatkan aku ketagih. Nilah punca aku dan roommate aku, Farzana jatuh hati dengan kedai ini. Memang aku tak jumpa kat kedai lain rasa dia weh. Lazat bangettt.


Selain itu, teh Cina atau Chinese Tea akan dapat free je untuk first round order. Teh Cina kedai ini sangat wangi, memang kami suka. Tak order minuman lain dah. Ok, nak tambah air teh ini hanyalah tambah 50 sen je. Allahu😭


Kedai ni juga terletak dekat dengan Masjid Usamah bin Zaid. So, kalau kalian rasa akan lagha untuk menikmati juadah di kedai ini, lebih baiklah solat dulu kat sini. Hohohoo isi makanan rohani dululah sebelum penuhkan jasmani. Jangan risau masjid ni dengan kedai tak sampai 5 minit pun kalau kau naik kereta. Ni bawah alamat masjid:

(Jalan 2/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Mencelah kejap. Ini no whatsapp restoran ya, +60 11-1193 9872. 

Seterusnya, pemilik kedai ini suami, isteri, anak-anak dan pekerja dia sangatlah mesra pelanggan. Muka tersenyum tenang je. Sentiasa ada tunggu pelanggan mereka makan dan nak penuhi permintaan pelanggan.

Hahha bila dah jadi pelanggan tetap layanan pun makin mantap

Yang ke berapa tah... Kedai ini selesa dan sejuk. Disediakan kemudahan penghawa dingin, wifi yang amat memuaskan .

Bukan tu je, kalau takda kereta atau nak jimat kos datang sini, LRT terdekat ialah LRT Wangsa Maju. Sampai LRT Wangsa Maju tu kalau kau rajin, jalan je... Dalam 10 minit sampai. Kalau kau nak tunggu bas Rapid KL ada gak. So senangkan nak sampai sini. Kat LRT Wangsa Maju ada surau. Jadi solatlah dulu kat situ. Bukan apa takut terlanjur luangkan lebih masa nikmat makan kat kedai ni. 


Ok nak cerita semua nikmat kedai ni lenguh gaklah jari aku nak taip satu-satu. Jadi, pergilah kalian rasa sendiri. Insya-Allah tiada penyesalan menimpamu.

Sebelum tu, setiap perkara ada pasangannya. Tadi aku panjang lebar hurai kebaikan kedai ni je.  So, sekarang sudilah baca pula kelemahan kedai ni.

Kekurangan:
1. Pelanggan sentiasa penuh oiii tapi aku dah cakap tadi layanan pemilik memang terbaik

2. Kedai ini cuti setiap hari Isnin setiap minggu

3. Kemungkinan dumplings habis itu yang mematahkan hati 😭

4. Bayaran setakat ini secara tunai atau cash sahaja. Belum ada sistem pembayaran secara debit. 
Inilah dua orang kawan aku yang sejak 2018 lagi duk p sama kedai ni
Kiri tu roommate aku


Baiklah sebelum aku akhiri, kedai ini buka dari 11.00 pagi hingga 9.30malam.
Jika tetiba dia tutup tu lain ceritalah.. Ada lah tu urusan penting.

Saturday, 1 February 2020

Cinta Sejati

Ini kisah benar.

Mary merupakan seorang gadis jelita berbangsa Iban. Sejak dari sekolah dahulu lagi, Mary senang bergaul dengan orang Islam. Kecintaannya terhadap agama Islam semakin mendalam setelah dia mempelajari agama Islam.

Pada masa yang sama, Mary mempunyai ramai rakan-rakan beragama Islam. Jadi, dia mula memberanikan diri untuk bersoal jawab tentang agama bersama rakan-rakan.

Setelah sekian lama mengkaji, Mary akhirnya membuat keputusan untuk memeluk agama Islam. Dengan bantuan dan sokongan para pensyarah dan rakan-rakan, alhamdulillah Mary kini bergelar seorang Muslim semasa di tahun akhir pengajiannya di ibu kota. Mary memilih nama Maryam. Ini merupakan sejarah terindah dan permulaan kehidupan baru buat Maryam. Semuanya bermula di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  Kuala Lumpur.

Mary juga dikurniakan Allah jodoh yang sangat baik, yang banyak membantunya dalam mempelajari Islam.
Ajal maut jodoh rezeki semuanya ketentuan Allah. Maryam akhirnya berkahwin dengan Yaseer, seniornya di institusi yang sama. Yaseer merupakan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia membimbing isterinya menjadi seorang muslimah solehah.


Gambar daripada akaun instagram

Mereka berdua merupakan pasangan yang sangat bahagia. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir 3 tahun, Maryam dan Yaseer belum dikurniakan cahaya mata. Namun, itu bukanlah penghalang kebahagiaan bahtera mereka.



Detik 24 Februari 2019, kami mendapat khabar berita bahawa Maryam dan Yaseer terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sibu, Sarawak. Dan lebih mendukacitakan Maryam maut di tempat kejadian dan Yaseer mengalami kecederaan di bahagian kaki. Memandangkan ibu bapa dan adik lelaki Maryam masih beragama Kristian dan keluarga Yaseer jauh di Semporna Sabah, urusan pengebumian Maryam disempurnakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), PAIB & USK Sibu, Perkim Sarawak Cawangan Sibu dan yang paling penting Ustaz Fadhlullah Abdullah yang menjadi orang tengah menerima dan menyampaikan maklumat tentang pengebumian almarhum Maryam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Syukur.
Perbualan saya dengan Ustaz Fadhlullah melalui Facebook


Sebahagian ahli keluarga Maryam hadir memberi penghormatan terakhir
(Gambar daripada Ustaz Fadhlullah) 


Kehidupan Yaseer bertukar hiba setelah kematian isteri tercinta. Namun dia akur ini semua ketentuan Yang Maha Esa. Yaseer meneruskan perjalanannya dengan sokongan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang tidak pernah jemu mendoakan yang terbaik buat Yaseer.


Alhamdulillah, Yaseer semakin baik dari masa ke masa.


Pagi tadi sekali lagi, tanggal 1 Februari 2020, kami mendapat berita bahawa Yaseer telah kembali kepada Ilahi kerana menghidap kanser hati tahap 4. Kami amat berduka cita dan terkesan dengan pemergian Maryam dan Yaseer.

Mereka hanyah berpisah 11 bulan cuma dan kini kembali semula bersatu buat selama-lamanya. Maka, buat Maryam & Yaseer kalian memang pasangan cinta sejati dan bercintalah kalian dengan rahmat Ilahi di negeri abadi. Salam takziah Maryam & Yaseer.
Al-Fatihah.

Ikuti kisah cinta sejati ini dengan lebih lanjut melalui perkongsian ini:

Hari Wilayah 2020

Bersempena dengan cuti hujung minggu dan Hari Wilayah, aku dengan Khuzaimah bercadang nak jogging kat Tasik Varsiti UM. 



Pukul 7.20 pagi kami bersiap dengan roommate aku sekali, Farzana. Sampai UM.... ya ampun ramai betul pelajar IB. 

Kami pun tukar plan. Kami p slow jog ke Bukit Cinta UM. Fuhhhh kali pertama tahun 2020 ni riadah lama mengejut ni pancit gaklah.... Overall distance kami 6km je tapi hahhahha kami ambil masa 2 jam dengan agak turun naik bukit tu memang terbuktilah pancit. Selalunya kurang sejam je kalau jarak begitu. 

Apa pun, alhamdulillah tamat dengan jayanya hahhah



The Birth

We celebrate the birth of The Teacher of teachers, mercy upon mankind and all of existence, the manifestation of love, peace and kindness❤️ ...